you follow me,i follow you

Saturday, October 6, 2012

TENTANG AKU

Aku dilahirkan pada 21/9/1991. Nama yang diberikan kepadaku ialah Noraniza. Aku sama seperti kanak-kanak lain, suka bermain tapi perbezaan yang ada pada diri aku ialah aku seorang yang amat lasak sejak dari kecil. Aku minat panjat pokok, bumbung rumah, lumba basikal dan bergaduh. Aku terkenal dengan sikap kelelakian aku sehingga aku minat untuk membeli pakaian saiz lelaki.
Walaupun aku dilahirkan sebagai perempuan tetapi aku ada sikap seperti lelaki yang boleh membuatkan aku lebih faham mengenai lelaki. Di sekolah hanya kawan-kawan yang rapat denganku sahaja yang tahu sikap sebenar aku. Di sekolah aku menjadi seorang yang pendiam tapi berbeza dengan sikap aku ketika di luar sekolah.
Aku masih lagi ingat aku merupakan seorang atlet lumba lari dan lompat tinggi sewaktu di sekolah rendah. Aku minat bersukan dan sentiasa menceburkan diri dalam sukan sekolah. Nampak seperti aku seorang yang hebat tapi perbezaannyer besar. Mak dan ayah selalu marah kerana aku bersikap seperti lelaki. Kata mereka aku tiada langsung ciri-ciri seperti kanak-kanak perempuan yang lain. Aku tak boleh lari dari diri aku sendiri. Mereka tidak tahu apa yang aku lalui…
Apabila naik ke sekolah menengah,sikap aku masih lagi tak berubah. Ramai yang gelarkan aku singa betina kerana aku garang dan tegas. Walaupun sikap aku begitu, aku masih lagi mempunyai teman di sekolah. Mereka tidak pernah kisah dengan cara dan sikap aku dan kerana itulah tiada langsung sifat lemah-lembut dalam diri aku. Aku juga manusia biasa,keluargaku bukan dari kalangan orang kaya.tetapi kami tidak pernah dibiarkan kebuluran kerana mak dan ayahku sangat prihatin dengan anak-anak mereka.
Jika anak orang lain ibu dan ayahnya belikan sesuatu buat mereka tetapi tidak bagi aku. Tetapi aku bukan seorang anak yang tidak mengerti tentang kesusahan yang dialami oleh keluarga aku. Aku tidak diajar untuk menjadi seorang yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang aku ada. Setiap keluarga pasti ada kenangan pahit dan manis. Kenangan manis keluargaku apabila kami menerima kedatangan ahli keluarga aku yang baru. Nurul Amira merupakan adik aku yang paling bongsu. Dia dilahirkan sebagai bayi yang sangat cantik dan comel. Kelahiran Amira memberikan kegembiraan dalam keluarga kami. Tetapi ia tidak lama, doktor mengesahkan yang adikku mengidap penyakit sendrom down, jantung terbalik dan tiada daya penglihatan. Dia tidak seperti bayi lain yang mampu untuk mengerakkan kaki dan tangan, adikku hanya mampu terbaring. Dia tidak dapat melihat dunia kerana hilang daya penglihatan.
Doktor anggarkan adikku hanya dapat hidup  3 bulan sahaja, tetapi hati,kekuatan dan kepercayaan seorang ibu tidak pernah goyah. Ibuku tahu Allah maha berkuasa, tiada yang mustahil dalam dunia. Berkat doa seorang ibu,adikku mampu bertahan hidup selama 6 bulan setengah sebelum pulang keramahtullah. Aku tidak dapat menerima pemergian adikku tetapi aku sedar semuanya takdir dan aku perlu menerimanya.
Sehingga sekarang aku tertanya-tanya adakah adik kenal pada diri aku. Walaupun ramai yang melupakan adik tetapi tidak pernah sedetik pun aku lupa wajah comel seorang bayi yang bernama Nurul Amira. Kami sekeluarga tiada kesempatan untuk bergambar dengan arwah sewaktu dia masih hidup…
Kenangan pahit itu tak mungkin aku lupakan. Walaupun adik sudah tiada tetapi aku dapat rasakan yang dia sentiasa denganku. Tiada perubahan yang berlaku pada sikapku. Aku masih lagi aku yang dulu,aku juga seorang remaja yang ada kemahuan dan impian tersendiri. Tetapi cinta tak lari dari hidupku. Aku terpandang seorang lelaki yang membuatkan aku rasa seperti dunia ini berputar 360 darjah. Aku banyak menghabiskan masa untuk mengetahui mengenai diri si dia.
Dia juga mempunyai perasaan terhadap diriku. Tetapi perasaan itu hanya sementara. Mungkin dia bukan untukku. Walaupun selepas dari itu aku berjumpa dengan lelaki yang meminati aku, ia tidak sama seperti orang yang pernah aku suka. Aku putus dengan lelaki itu dan hubungan kami tidak mencecah sebulan. Mulanya di situ aku tidak lagi mahu percayakan lelaki. Tetapi hati seorang wanita akan sentiasa kesunyian tanpa seorang lelaki. Aku tetap tabahkan diri untuk melalui hidup aku tanpa lelaki…
                                                                                                                       BERSAMBUNG…….