"Nurul Amirah" adalah nama yg tak mungkin dapat aku lupakan..nama ini menjadi suatu simbol kegembiraan buat ahli keluargaku apabila mendengar tangisan pertamanya..kegembiraan terpancar di wajah ayah dan mak bila anak yg dikandungi selamat dilahirkan...aku gembira bila mendengar berita yg aku telah mendapat adik lagi...gembira sungguh aku ketika itu...
|
comelnyer... |
sebulan selepas kelahirannya,doktor mengesahkan adikku mengidapi penyakit jantung terbalik,jantung berlubang dan dia juga tidak seperti bayi biasa yg lain kerana dia tidak dapat berjalan..dia hanya mampu terbaring..adikku juga tidak dapat melihat..sedih mendengar berita ini dan lebih sedih bila doktor menyatakan adikku hanya mampu hidup 3 bulan sahaja..berkat doa seorang ibu dan dgn kehebatan kuasa Allah,adikku dapat bertahan lebih dari 3 bulan...
|
cantik matanya... |
suatu malam mak dan ayah resah kerana adik tidak bernafas...doktor pernah cakap yg adik mungkin akan berhenti bernafas secara tiba2 tapi akan normal semula selepas beberapa minit..tetapi mlm itu mak cakap ada yg tak kena..mak dan ayah terus berkejar ke hospital..aku ketika itu hanya mampu berdoa agar adik selamat...
|
doa senjata org mukmin |
aku terdengar suara mak mengejutku bangun ketika itu jam menunjukkan baru pukul 6.15 pagi..mak menyuruh aku mandi tapi aku masih lagi duduk dan berfikir kenapa mak mengemas baju adik mirah..aku langsung terus bertanya tapi mak hanya diam..aku mendengar suara ayah memanggilku...ayah cakap adik mirah dah tak de lagi..aku terus terkejut..rupanya sekujur tubuh yg ku lihat di atas katil ibuku dibilik tadi adalah tubuh adikku mirah...setelah selesai mandi,megambil wuduk dan solat..aku duduk didalam bilik mak seorang diri untuk membacakan ayat suci al-Quran buat arwah adikku mirah..air mata mula membasahi pipiku tatkala setiap ayat suci tersebut keluar dari mulutku...aku seakan tidak percaya aku telah kehilangan seorang insan yg amat aku sayangi...
|
tangisan pengubat duka |
setelah selasai dimandikan..ketika dikafankan,aku mencium pipi adikku utk kali yg terakhir...kesedihan di dlm hatiku ini aku tahan...ketika jenazah adikku disolatkan..aku tidak dapat menahan sebak..adik bongsuku sudah tiada lagi...aku tidak pernah dapat peluang untuk mendokongnya walau sekali kerana takut.. itulah perkara yg paling aku kesali sampai sekarang...dia bertahan hidup sehingga umurnya 6 bulan setengah...
|
sayang tiada penghujung |
sudah hampir 11 tahun pemergiaan arwah adikku nurul amirah pergi..hanya kuburnya sahaja yg menjdi pengubat rindu buatku dan keluarga kerana ketika kelahirannya,doktor tidak membenarkan kami utk menangkap gambar..satu-satunya kenangan ialah kenangan yg tersimpan didlm kotak ingatanku yg akan ku ingat sampai bila-bila..nurul amirah adalah adikku yg keenam selepas nur asniza...setiap yg berlaku ada hikmahnya...wajah arwah adikku masih lagi dapat ku ingat dengan jelas..senyumannya dan tangisannya... adalah pengubat rindu buatku...hanya doa dapat ku utuskan buatnya yg telah berada di alam sana...Al-fatihah buat Nurul Amirah binti Razali....
No comments:
Post a Comment