you follow me,i follow you

Friday, November 25, 2011

Sahabatku..Aku Bersalah..

cerita ini terjadi dalam tahun ini..aza de sahabat bernama I yg sgt baik orgnyer..tapi aza telah buat satu kesalahan yg menyebabkan persahabatan kami sudah tidak seperti dulu..aza buat satu kesalahan kerana memberi teguran kepad I tentang menutup aurat..sehingga I sgt2 terasa hati..ini kesalahan aza kerana tegur tanpa sebab.. aza menyesal sgt2 kerana I anggap sahabat dia yg pertama dan terakhir.. menyesalnya hati ini tatkala membaca luahan hati I di blognya..I aza yg salah..I x pernah salah..
             

         Benarlah kata org yg kita perlu menjaga hati sahabat..aza bukan sahaja hilang I tapi M dan H..sahabat suka duka aza..Ya Allah apa yg telah aku lakukan ini..aku telah hancurkan ukhwah yg telah lama aku bina..Ya Allah aku tidak menjaga saudaraku..aku telah menyakiti saudaraku..besar kesalahanku iniYa Allah...

  tiada ungkapan sahabat baik bila kita menyakiti hati sahabat kita..penyesalan ini tiada penghujungnya...aza rasa bersalah kerana melakukan semua itu..aza benar2 menyesal..I sahabat yg terlalu istimewa buat aza... tiada pengganti dirinya dalam hati aza...


I..aza akan sentiasa mendokan I..maafkan aza kerana telah mengkhianati kepercayaan I pada aza...aza tak layak menjadi sahabat I...jagalah M dan H utk aza..dan jagalah diri I baik2...maafkan aza I...maafkan aza...

Tuesday, September 27, 2011

Bercinta…

Hi semua…post kali ini ialah tentang bercinta..erm ada apa dengan cinta ni ye..nk tahu jom sama-sama baca..
Cinta adalah perasaan yg lahir dari hati (mcm org dulu2 ckp)..tapi bg aza cinta boleh dikatakan ikatan antara lelaki dan wanita utk mengenal hati budi masing-masing…aza tak lah banyak pengalaman tapi sekadar membantu..
Dalam bercinta mesti ada frust punya..bohong kalau ada yg bercinta x pernah gaduh…walau pun bergaduh tapi tetp syg kan..aza ada seorang kawan yg bercinta dgn sorg mamat ni..nk dijadikan cerita..cinta mereka dihalang oleh bapa si wanita..ish2..tapi kwn aza ni x berputus asa..dia tetp dgn pendiriannya yg bapanya nanti pasti menerima lelaki itu…
Erm sedih aza bila dgr tntg perkara ni…aza hanya mampu beri dia semangat…dan berdoa agar terbuka pintu hati bapanya itu…kepada mereka yg bercinta ingat pesan aza ye jgn sesekali abaikan family demi org yg kita cintai..cuba cari jln penyelesaian..minta pandangan dan nasihat org lain…jgn buat keputusan terburu-buru…setiap masalah pasti ada penyelesaian…lupa pulak..bercinta bukan kerana nafsu tau..itu hanya membawa bencana..bercinta biarlah dgn hati yg ikhlas ingin menjadikn dia pasangan kita dunia dan akhirat…InsyaAllah… J


P/S: Lebih baik bercinta selepas kahwin kerana lagi harmoni rumah tangga.. Allah telah pun menetapkan siapa pasangan kita..aza lebih gembira jika bercinta selepas kahwin kerana tidaklah jangal utk keluar berdua kemana-mana.. J

Ceritera Puisi

Telah aku bermohon kepada Allah agar aku tidak jauh dari sahabat-sahabatku...
Begitu lama persahabatan ini terjalin telah aku musnahkannya…
Kini yang tinggal hanyalah kenangan bersama mereka…
Tutur kataku menjadi punca…menuduh tanpa usul periksa..
Sebelah kiri ingin menjaga hati di kiri sebelah kanan aku biarkan ia sendiri..
Sahabat jenis apakah aku…dulu ku kata kita akan bersahabat hingga hujung
nyawa…tapi kata2 ku hanya kata semata-mata..
Diuji dengan sedikit masalah..aku terus mengalah..
Mengapa aku jadi begini..
Mengapa aku tiada hati budi…
Sahabat yang selalu menjadi penghibur hati telah ku biar lari..
Walau maaf telah ku ungkap..tapi perkara x mungkin sama utk kali kedua..
Kini ku tanggung derita atas sikapku yang x pernah berubah..
Tiada lagi sahabat penghibur duka..
Tiada lagi sahabat sehati sejiwa…
Kini ku tanggung derita atas sikapku yg mudah terasa..
Kini tiada lagi gelak tawa bersama sahabat2 yg ku cinta…
Penyesalan sudah tiada berguna..
Hati yang sakit tiada pengubatnya..
Biarlah takdir menentukan segalanya…

P/S: puisi ini adalah tentang persahabatan...mungkin org kata senang mencari sahabat..tapi bg aza..sahabat aza ialah mereka (ibah,mira,kak pah dan zima).. mereka sahabat dunia dan akhirat aza…Ya Allah berilahku petunjuk-Mu...

Ceritera Cerita

Erm…nampak seperti menarik je tajuk kali ni kan…mari sama2 tinjau…
Cerita ini aza tujukan khas kepada sahabat2 aza yg begitu rapat dgn aza sewaktu disekolah menengah dulu…aza adateman2 yg begitu happening sekali..riuh tawa mereka amat memeriahkan suasana…

ni lah teman2 yg happening tu...


Masa kat sekolah memang banyak kenangan…sampai x terkira…antara kawan yg paling rapat dgn aza ialah Noor Adibah…kami selalu main PS2 sama2 time sekolah2 dulu..

ni lah ibah

Sahabat lain yg aza rapat juga ialah Sharifah Hanisah,Nur Amirah,Nur Azimah, Nur Addrina dan Farhana…


Gambar Farhana dan Nur Addrina..aza x de..sbb banyak fail dh hilang..ti aza akan cerita tentang mereka pula…

P/S: Sayangilah sahabat anda tidak kira baik atau buruknya sahabat kita itu…

Saturday, July 23, 2011

Mustahilkah Untuk Melakukan Perubahan?

Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.

Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).
Tiba-tiba terfikir satu persoalan.
Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37
"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62
Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.
Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?
Pastinya yang lebih baik.
Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.
Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:
"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"
"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"
Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.
Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.
Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2
Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?
Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.
Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.
Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.
Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.

Sahabat...

Sahabat..aku pun ada sahabat...tapi..mungkin aku yang salah...aku x pernah buang mereka dari ingatan..aku selalu ingat kat mereka tapi mungkin jauh sekali utk mereka ingat padaku.. mereka katakan aku x pandai jaga hati mereka tapi jika aku x pandai dh lama aku buat mereka selalu sakit hati..

  Begitu mudah sahabat itu melupakan kita ketika mereka diberi kesenangan..dan begitu mudah sahabat itu dtg pada kita ketika ditimpa kesusahan...mungkin mereka lupa dgn persahabatan yg terjalin selama 5 tahun...aku berubah kerana mencari sesuatu yg kosong didalam hati...

  Hati ku kini masih lagi mencari sesuatu utk mengisi kekosongan ini bkn kasih syg tetapi persahabatan yg pernah terjalin pada tarikh 12.1.2004 ketika kita sama2 disatukan didalam kelas 1.6..disitulah bermulanya titik persahabatan...sedih rasanya bila terkenangkan waktu itu..tapi kita dh dewasa..semua itu x penting...kenangan 7 tahun itu x perlu di ingat



Sahabat-sahabatku yg membaca coretanku ini...diharap kamu terbuka hati utk memaafkan segala kesilapanku kerana aku dapat merasakan aku mungkin akan jauh dari kamu semua.... Salam Ingatan Tulus & Ikhlas dari Noraniza Binti Razali...

Thursday, March 17, 2011

kOlAm AiR pAnAs SeMeRaH bAtU pAhAt..

Pada 5 & 6 mac 2011,miss aza telah pun berangkat bukan ke mekah tapi ke kolam air panas semerah batu pahat(dh dekat dgn rumah) untuk mengikuti satu program yg diberi nama "Ini Sejarah Kita" atau nama pendeknyer "ISK"..tempat perlaksanaan program ini mmg best kerana tmpt ini merupakan tmpt riadah dan program yg dijalankan adalah berkonsepkn santai..


tempat program berlangsung


fuyoo..nampak wap tu..

panas betul kolam ni

kolam ni boleh juga digunakan utk merebus telur..tapi belum ada yg pernah buat takut telur tersebut tidk boleh dimakan..miss aza gurau je..mana boleh rebus telur kt kolam ni..tak sesuai..kalau nak rebus badan atau kaki boleh lah..miss aza dh melalut pulak..berbalik kpd program ISK ini..program ini dijalankan bertujuan utk kita tahu tujuan sebenar kita dihidupkan di atas muka bumi ini..penganjur program ini merupakan pelajar dari UTHM batu pahat..miss aza sorang je peserta dari UiTM..adush..

jgn pandang belakang dulu


hah..senyum kat siapa tu??


tukang urut profesional

 peserta program ini terdiri daripada kalangan akhwat sahaja..ikhwah(no entry)..pada yg tak tahu akhwat bermksud perempuan dan ikhwah bermaksud lelaki..program ini mmg program yg sgt santai..ada buat lakonan,senaman dan mcm2 lagi..lagi satu miss aza ni suka ckp bahasa campur2 ni..terutama sekali dgn cik siti dan cik yana..cik siti tak silap miss aza,dia ni org utara dan cik yana pulak org kelantan..mmg putar alam lah jd nyer bila miss aza ckp bhse utara cmpur dgn bhse kelantan..pening kepala mereka..miss aza mmg suka bergurau dgn mereka...


ni lh cik siti


ni pulak cik yana


sejak bila jd tinggi ni..


lawa gelongsor tu
miss aza juga dpt peluang rendam kaki buat kali pertamanya kt dlm kolam air panas..agak takut jugak bila nak masukkan kaki kt dlm kolam tu maklum lh panas,takut melecur...tapi bila dh rendam kaki tu rasa tenang sgt..best betul...erm miss aza juga ada kacau sorang akak ni nme nye kak syira comey..akak ni lembut je org nyer...


ni lah kak syira comey
sepanjang program ini berlangsung,miss aza ada jadikan sorang akak ni sebagai pengubat rindu miss aza pada kwn miss aza yg skrg belajar di shah alam..nme kwn miss aza tu ialah farah..muka akak tu hampir sama dgn kwn miss aza iaitu farah..dari segi percakapan,cara dan semuanya nampak sama..kecuali satu je beza nyer iaitu pakaian..x caya ker??meh tgk gmbr ni...



sama tak??
 hah kan dh bg thu..mereka mmg ada persamaan..miss aza pun penat citer panjang2 ni..miss aza ucapkan berbanyak terima kasih kpd kak kay yg mendorong miss aza utk pergi program ini..tak lupa juga kpd fasi2 dan peserta2 program ini yg bnyk membantu miss aza sepanjang program ini berlangsung..terima kasih kepada cik siti dan cik yana kerana sudi mendengar segala cerita miss aza..miss aza pasti akan merindui kamu semua..terima kasih..insyaAllah kita akan berjumpa lagi..salam.. 

Tuesday, March 15, 2011

"iNsAn TeRsAyAnG"

"Nurul Amirah" adalah nama yg tak mungkin dapat aku lupakan..nama ini menjadi suatu simbol kegembiraan buat ahli keluargaku apabila mendengar tangisan pertamanya..kegembiraan terpancar di wajah ayah dan mak bila anak yg dikandungi selamat dilahirkan...aku gembira bila mendengar berita yg aku telah mendapat adik lagi...gembira sungguh aku ketika itu...

comelnyer...
                            sebulan selepas kelahirannya,doktor mengesahkan adikku mengidapi penyakit jantung terbalik,jantung berlubang dan dia juga tidak seperti bayi biasa yg lain kerana dia tidak dapat berjalan..dia hanya mampu terbaring..adikku juga tidak dapat melihat..sedih mendengar berita ini dan lebih sedih bila doktor menyatakan adikku hanya mampu hidup 3 bulan sahaja..berkat doa seorang ibu dan dgn kehebatan kuasa Allah,adikku dapat bertahan lebih dari 3 bulan...

cantik matanya...
                                        suatu malam mak dan ayah resah kerana adik tidak bernafas...doktor pernah cakap yg adik mungkin akan berhenti bernafas secara tiba2 tapi akan normal semula selepas beberapa minit..tetapi mlm itu mak cakap ada yg tak kena..mak dan ayah terus berkejar ke hospital..aku ketika itu hanya mampu berdoa agar adik selamat...


   doa senjata org mukmin
                                  
aku terdengar suara mak mengejutku bangun ketika itu jam menunjukkan baru pukul 6.15 pagi..mak menyuruh aku mandi tapi aku masih lagi duduk dan berfikir kenapa mak mengemas baju adik mirah..aku langsung terus bertanya tapi mak hanya diam..aku mendengar suara ayah memanggilku...ayah cakap adik mirah dah tak de lagi..aku terus terkejut..rupanya sekujur tubuh yg ku lihat di atas katil ibuku dibilik tadi adalah tubuh adikku mirah...setelah selesai mandi,megambil wuduk dan solat..aku duduk didalam bilik mak seorang diri untuk membacakan ayat suci al-Quran buat arwah adikku mirah..air  mata mula membasahi pipiku tatkala setiap ayat suci tersebut keluar dari mulutku...aku seakan tidak percaya aku telah kehilangan seorang insan yg amat aku sayangi...


tangisan pengubat duka

setelah selasai dimandikan..ketika dikafankan,aku mencium pipi adikku utk kali yg terakhir...kesedihan di dlm hatiku ini aku tahan...ketika jenazah adikku disolatkan..aku tidak dapat menahan sebak..adik bongsuku sudah tiada lagi...aku tidak pernah dapat peluang untuk mendokongnya walau sekali kerana takut.. itulah perkara yg paling aku kesali sampai sekarang...dia bertahan hidup sehingga umurnya 6 bulan setengah...


sayang tiada penghujung


sudah hampir 11 tahun pemergiaan arwah adikku nurul amirah pergi..hanya kuburnya sahaja yg menjdi pengubat rindu buatku dan keluarga kerana ketika kelahirannya,doktor tidak membenarkan kami utk menangkap gambar..satu-satunya kenangan ialah kenangan yg tersimpan didlm kotak ingatanku yg akan ku ingat sampai bila-bila..nurul amirah adalah adikku yg keenam selepas nur asniza...setiap yg berlaku ada hikmahnya...wajah arwah adikku masih lagi dapat ku ingat dengan jelas..senyumannya dan tangisannya... adalah pengubat rindu buatku...hanya doa dapat ku utuskan buatnya yg telah berada di alam sana...Al-fatihah buat Nurul Amirah binti Razali....

Saturday, March 12, 2011

dUlU dAn KiNi

Aku bukan seorang yg lahir dari keluarga yg hebat dalam bidang agama.Keluarga aku cuma biasa2 sahaje.Aku sejak dari kecil memang minat mendalami bidang agama tapi aku tiada peluang utk melaksanakannya.Aku bukan seorang yg sosial.Org2 yg rapat dgn aku tentu tahu aku org yg mcm mana.


antara tudung2 yg pernah aku pakai
                         
Sejak dapat masuk UiTM, minat aku utk mendalami ilmu agama makin bertambah dalam.First day masuk sini,aku takut kalau aku terpengaruh tapi Alhamdulillah,Allah masih beri aku kekuatan agar aku tahu tujuan aku ke sini.Bila masuk UiTM,kelab yg aku join ialah kelab PERMAS dan In-Soft.


   dinner In-Soft
                                                


wow..president sedang berucap..
                              
Sekarang aku aktif bersama dgn kelab In-Soft.Bagi aku kelab ini telah banyak membantu aku.Aku mula utk berubah untuk menjadi insan yg benar2 diredhai di sisi Allah s.w.t. Aku gembira sangat bila dapat family di sini.Ahli2 kelab In-Soft dah mcm family bg aku..Walaupun perubahan aku ini mendapat pandangan yg tidak baik dari org di sekitarku tapi aku bersyukur sgt kerana perubahan aku ini disokong oleh family aku dan shbt baik aku Azimah dan Farah.



aku & farah (senyum...)
                                          


 aku & azimah (cam kenal je tmpt ni) 
                               
InsyaAllah aku akan teruskan perjuangan aku utk mendalami bidang agama.Aku tidak bercita-cita utk menjadi ustazah tapi aku cuma ingin menjalankan tugas sebagai khalifah di atas muka bumi ini kerana tujuan utama kita dihidupkan di atas muka bumi ini adalah utk beribadat kpd Allah dan sebagai khalifah..jadi moga kita dapat sama2 menjadi insan yg diredhai Allah...insyaAllah..

Saturday, February 26, 2011

kEhEbAtAn PeRkAtAaN "tOlOnG" dAn "TeRiMa KaSiH"

"Can you press for me level 7... Please," Pinta seorang kiwi (orang New Zealand), semasa kami berada di dalam lif di perpustakaan universiti.
"Sure!" Saya membalas, sambil jari menekan butang di lif.
"Cheers!" Dia membalas.
Dalam satu kejadian lain,
"Excuse me, can you take that for me. Please.." Pinta seorang makcik.
"Which one? This one?" Sambil memegang tin dan menunjukkan kepada makcik yang meminta.
"Yup. Thank you so much, my love!" Oh, hati berbunga, kerana dipanggil 'love'!Sweet lah makcik ni~
Saya bukanlah seorang yang terlalu 'alert', tetapi untuk masa-masa yang tertentu, telinga saya menangkap setiap butir bicara yang dikeluarkan oleh orang sekeliling. Kemudian, saya berfikir dan menilai, lantas belajar tentang erti kehidupan.
Dalam situasi lain, dengan latar masyarakat yang berbeza.
"Mimi, ambil kan buku atas meja," Saya berhenti sekejap. Otak ligat berfikir, memproses ayat yang dikeluarkan oleh rakan sebentar tadi.
Saya diam. Badan bergerak menuju ke arah meja untuk mengambil buku.
"Mimi, buka pintu rumah," Nadanya biasa sahaja. Tiada nada marah, mahupun mengarah. Saya diam. Kad rumah dikeluarkan, pintu dibuka.
Hati memberontak, mahu juga berkata tentang apa yang saya rasa pada kawan sekeliling. Masa senggang yang ada saya ambil untuk membuat perbincangan, dengan harapan sahabat boleh berfikir tentangnya.
"Ijan, perasan tak sesetengah orang ni suka 'memerintah'," Saya memulakan bicara.
"Macam mana?", Dia menyoal untuk mengetahui.
"Kita selalu perasan, kawan-kawan kita jarang nak guna perkataan 'tolong'. Terutama apabila mahukan orang lain membuat sesuatu untuknya. Semua pun nak beri arahan,"
"Kita selalu perasan jugak, kiwi-kiwi kat sini, kalau nak minta tolong daripada orang lain, mesti mereka akan gunakan perkataan, "Please". Kalau tak di awal ayat pun, di akhir ayat mereka pasti akan guna juga perkataan "Please" tu."
Ego kah diri, sebab tak mahu 'diarah'? Bukan. Cuma, merasakan bahawa perkataan yang keluar itu memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan si pengeluar perkataan tersebut.
Bukankah tujuannya mahu meminta 'tolong'? Tidak terlalu berat atau susah rasanya untuk menggunakan perkataan 'tolong' tersebut.
Bukankah perkataan 'tolong' itu juga menunjukkan rasa rendah diri. Rendah diri kerana diri sendiri tidak mampu untuk melakukan sesuatu. Jadi, kita bertindak untuk meminta bantuan dan pertolongan daripada orang lain.
Manusia, tiada yang sempurna, malah manusia perlu untuk hidup dalam komuniti supaya setiap kelemahan yang ada di dalam diri individu mampu ditampung oleh individu yang lain.
"Eh, dah lah nak minta tolong orang. Kemudian nak mengarah pula." Detik dia di dalam hati apabila diminta untuk 'tolong' mengambilkan sesuatu. Sedangkan bukanlah dia sedang di'arah' pun, cuma struktur ayat yang keluar menyebabkan dia rasa seperti sedang diarah. Sedangkan, kalau difikir kan pun, tiadalah kawan itu mahu 'mengarah' pun.
Lagi teruk keadaannya apabila permintaan telah dipenuhi, 'terima kasih' tidak dilafazkan.
Terima kasih itu sebagai tanda penghargaan kepada yang telah membantu. Kadang-kadang yang membantu tidaklah mengharapkan sangat perkataan tersebut, tetapi, bukankah itu adab?
Orang berbudi, kita berbahasa..kan?
Tahun lepas banyak turning point kepada diri. Salah satunya adalah insiden yang berlaku semasa perjalanan ke universiti, dengan menaiki bas.
Rakan saya membayar tambang bas kepada pakcik pemandu. Dikatakannya, "University."Seperti biasa, mukanya sentiasa tersenyum, sambil tangan menghulur syiling bernilai NZD1.50. Pakcik tersebut berkata, "Sorry?" Sambil air mukanya berubah. Rakan saya mengulang perkataan yang sama, "University." Pakcik tersebut,"Again?"
Ketika itu saya sudah mulai rasa pelik. Di dalam hati, "Eh, teruk sangat ke slang kitorang sampaikan sebut 'university' pun pakcik tu tak dapat nak identify?"
Rakan saya menyebut lagi, "University." Air mukanya tetap tidak berubah, tetap tersenyum. Kemudian, pakcik itu menyebut, "Rude!" Raut mukanya seperti marah, sambil mengambil duit yang dihulurkan oleh rakan tersebut.
Sepanjang dalam perjalanan ke universiti, kami berfikir, kenapa pakcik tersebut marah? Apa yang kami buat?
Lantas, Allah SWT datangkan pengajarannya. Rakan saya berkata, "Mesti sebab kita tak guna perkataan 'please'.
Kalau tak, takkan lah pakcik tu kata 'rude!' tiba-tiba."
Astaghfirullahal'azim. Saya terdiam, memandang ke luar tingkap, sambil berfikir. Berfikir dan bersyukur diatas tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Allah SWT.
Hati terdetik, "Mereka ni ada nilai-nilai baik yang diamalkan dalam kehidupan seharian, bukanlah mereka Islam pun. Tetapi, mereka tahu dan amalkan nilai dan adab."
Allahu akbar~ Terima kasih kepada pakcik pemandu bas yang telah 'mengajar' kami nilai dan adab. Hati terasa lembut, tiada langsung rasa mahu marah kerana perkataan "Rude!" yang dikeluarkan.
Marah tiada, tapi terkejut. Langsung, bersyukur kepada Allah SWT yang mahu kami tahu dan belajar tentang erti hidup. Erti hidup yang sebenarnya perlu kepada adab dan nilai hormat kepada orang sekeliling yang telah memberi khidmat dan bantuan.
Jangan ditinggalkan perkataan 'Tolong' dan 'Terima Kasih' dalam hidup sehari-hari! Hakikatnya, kita lemah. Paling tidak pun, kepada Allah SWT perlu untuk kita meminta!
Manners are not born with us, they are acquired.

Wednesday, February 16, 2011

Epilog Noda Semalam,Kemanisan Taubat..

Aku berteleku mengingatkan dosa-dosa semalam.. Rentetan terlalu obses dalam mengejar syurga dunia, aku terhanyut dek arus kealpaan yang telah menukarkan peribadiku.
Nilai sopan santun, budaya muslimah serta didikan agama yang dicurahkan oleh kedua ibu bapaku sudah tiada dalam kamus hidupku.
Aku tidak pandai menjaga pergaulanku dengan kaum Adam. 2 tahun lepas aku seorang penuntut universiti awam terkemuka di Kuala Lumpur.
Oleh kerana berasal dari kampung, aku bagaikan terkena kejutan budaya apabila melihat segala yang aku inginkan mudah diperoleh.
Kisah hidupku berubah sejak aku mengenali Rizal. Dia mendekatiku dengan peribadi yang kononnya alim, sekadar ingin buat aku tertarik padanya.
Betapa lemahnya aku pada waktu itu kerana terjerat oleh cinta lelaki yang hanya mahukan diriku dan saling bertanding dengan kawannya untuk mendapatkanku.
Walhal aku seorang yang sangat berhati-hati dalam memilih pasanganku.
Perkenalanku dengannya bermula apabila dia menulis nota ringkas untuk mengenaliku dengan lebih dekat. Dia juga sanggup menunggu sehingga aku habis belajar.
Pada mulanya aku tidak layan namun hati yang degil tidak dapat menidakkan kehadirannya yang sedikit sebanyak memberi getar di hati ini.
Tanpa aku sedari juga, dia turut mendapat nombor telefonku daripada sahabatku yang memudahkan laluannya. Aku yang tidak pernah mengenal cinta kaum Adam tertarik padanya buat pertama kali dalam hidupku.
Dahulu aku sangat tidak suka orang yang bercouple, namun bila terkena batang hidung sendiri, barulah aku tahu betapa hebatnya dugaan dan hasutan syaitan yang inginkan kami terus-terusan berbuat maksiat.
Masa berlalu dengan pantas, perkenalan yang pada mulanya berasaskan isu Islam, semakin hari semakin melencong kearah maksiat.
Di samping menceritakan agama, tanpa aku sedar, dia turut menggunakan agama sebagai wadah untuk menjeratku.
Betapa kerdilnya aku waktu itu kerana tidak dapat membezakan yang hak dan yang batil.
Bermula keluar bersama rakan, kami akhirnya berani keluar berdua-duan. Subhanallah, betapa hinanya aku di sisi Allah pada waktu itu.
Sehinggalah pada suatu hari, Rizal dengan beraninya menyatakan perasaannya padaku,
"Lia, abang sangat sayangkan Lia, abang tak sanggup kehilangan Lia, boleh tak kita bertunang dulu, nanti semua orang tahu yang Lia milik abang seorang, bolehkan Lia?"
Aku terkejut mendengar bicara dari Rizal, mana janjinya yang sanggup tunggu aku sehingga aku habis belajar.
Aku tahu mak ayahku takkan setuju.
Abang dan kakakku turut akan membantah. Aku cuba memujuk Rizal agar tidak meneruskan niatnya.
"Abang, bukan Lia tak nak, tapi abang tahukan keluarga Lia, mereka nak Lia menggenggam ijazah terlebih dahulu sebelum Lia berkahwin. Sementelah, mereka tak pernah tahu tentang kewujudan abang dalam hidup Lia,"
Aku berasa sangat berdosa kerana merahsiakan segalanya daripada pengetahuan ibu bapaku.
Setiap kali balik cuti semester, aku dianggap gadis yang sangat menjaga pergaulanku dengan kaum Adam sedangkan tanpa pengetahuan mereka aku selalu keluar dengan Rizal.
Mak, ayah, ampunkan anakmu ini.
Masa terus berlalu. Makin hari aku semakin hanyut dengan kebahagiaan dunia. Tanpa aku sedari, Rizal mengambil kesempatan ke atas diriku.
Sedikit demi sedikit aku mula rasa gembira kerana terasa disayangi, walhal tiada cinta yang sejati pun dalam hati Rizal buat diri ini.
Aku mula mengabaikan pelajaranku, mula menjauhkan diri dari rakan-rakan yang menasihatiku dan mula membuat perkara yang bertentangan agama.
Tanganku dibiarkan berada dalam genggaman lelaki yang tidak halal buatku.
Pada mula-mula aku mengelak namun dek kerana hanyut dan alpa dengan cinta palsu, aku mula tidak mahu berpisah dengannya.
Kami sama-sama menyulam cinta haram yang terasa indah di dunia.
Aku nekad untuk terus berada di samping Rizal dan ingin menyatakan niatku untuk bertunang dengan Rizal pada cuti semester kali ini.
"Mak, Lia nak cakap dengan mak sikit boleh tak?"
"Ada apa Lia, mak tengok kau dah banyak berubah sejak balik ni, kau selalu bergayut dengan telefon, sampai jarang dah nak tolong mak kat dapur ni,"
Aku tersentap dengan teguran mak.
Aku selalu nak tolong mak kat dapur tapi sayang nak lepas mesej dengan Rizal.
Kalau aku lambat balas, dia mesti merajuk, betapa bodohnya aku pada waktu itu kerana mendahulukan Rizal berbanding kedua ibu bapaku.
"Mak, Lia dah ada pilihan hati Lia, dia nak masuk meminang Lia, waktu cuti ni,"
Dalam takut aku gagahkan diri menyatakan niat di hati tanpa menelaah hati ibuku yang mungkin terguris dengan tindakanku. Ibuku sangat terkejut..
"Praaaaaaaaaaaag!"
Berkecai pinggan kaca yang makku pegang. Muka makku berubah dan sangat terkejut dengan permintaanku.
"Lia, kau sedar tak apa yang kau cakap ni, kau baru sangat kat Kuala Lumpur tu, mak hantar kamu suruh belajar, bukannya cari lelaki kat sana. Kenapa tak sabar sangat ni, Lia yang mak kenal dulu tak suka bergaul dengan lelaki,"
"Mak, Lia sayangkan dia mak, Lia tak sanggup kehilangan dia,tolonglah mak, tolong beritahu ayah,"
"Ya Allah, Lia, kau sedar tak apa yang kau cakap ni nak, kalau kau bertunang sekarang, macam mana dengan pelajaran kau? Kak Ngah dan Abang Cik pun tak kahwin lagi walaupun dah kerja. Kamu yang masih belajar ni, dah tak sabar-sabar nak berlaki. Kau cubalah cakap sendiri dengan ayah, mak tak sanggup."
Batu besar bagaikan menghempap di bahuku. Pastinya ayahku tidak setuju sedangkan ibuku sendiri membantah. Aku mula memikirkan cara untuk memujuk ibuku. Malam itu juga aku berbincang dengan Rizal.
Tut..tut.. cepat saja Rizal membalas mesejku.
Rizal cuba bermain kata denganku. Dia sedaya upaya memujukku agar menjadi anak yang derhaka pada ibu bapa.
Itukah yang diajar Islam dalam memilih calon suami?
Namun aku lemah tersungkur pada perasaan sendiri yang tidak mampu memperjuangkan yang hak berbanding batil.
Keesokannya, aku cuba utarakan lagi niatku pada ibu.
Namun, di luar pengetahuanku, ayah terdengar perbualan kami, ayah sangat terkejut dengan permintaanku. Wajahnya bertukar merah.
"Apa yang Lia cakap ni, ni ke yang Lia dapat lepas ayah dengan mak hantar Lia dekat Kuala Lumpur tu? Lia tak pernah rapat dengan mana-mana laki, sejak jauh dengan mak ayah, Lia dah jadi macam ni, kenapa Lia?"
Aku gugup untuk meluahkan kata-kata. Namun kugagahkan diri untuk meluahkan demi kasih dan cintaku yang tidak bertepi buat Rizal.
"Ayah, Rizal budak baik ayah, dia dah lama kenal Lia, kami sama-sama sayang dan Lia tak boleh kehilangan dia,"
"Lia! Kenapa kau dah banyak berubah ni. Lia tak pernah membantah cakap ayah sebelum ni. Sejak kenal dengan lelaki tu, dah mula pandai bela dia ye,"
Mak cuba menenangkan ayah yang sudah mula naik angin denganku.
"Ayah, Lia sayangkan dia sangat-sangat, tolonglah setuju ayah. Lia nak restu daripada mak ayah je."
Paaaaaang! Satu tamparan mengenai pipiku. Pertama kali dalam hidupku dapat tamparan dari ayahku. Aku benar-benar telah menguji kesabarannya.
Aku terus berlalu meninggalkan ayah dan ibuku. Aku menangis tersedu-sedu sambil mengadu pada Rizal di dalam bilik.
"Lia, jangan menangis sayang, kalau sayangkan abang jangan menangis ye, abang taknak dengar Lia menangis lagi,"
"Habis Lia nak buat macam mana bang, mak ayah tak setuju dengan pertunangan kita,"
"Lia sayangkan abangkan, dengar cakap abang baik-baik k,"
"Apa dia bang,"
"Lia tak nak kehilangan abang kan, Lia kemas barang Lia malam ni, abang datang ambik Lia malam ni, Lia keluar dari rumah tu, Lia taknak kehilangan abang kan,"
Aku terkejut dengan permintaan Rizal. Subhanallah, aku berdepan dengan pilihan samada untuk memilih ibu bapa atau Rizal.
Gerak hatiku ingin memilih mak ayah, namun hasutan syaitan lebih dahsyat, aku hanya mengiakan sahaja kerana terlalu ikutkan darah muda.
Tanpa memikirkan hati mak ayah yang mungkin terguris dengan tindakanku, aku nekad mengemas barang untuk keluar rumah malam tu juga.
Dalam keadaan terhenjut-henjut aku cuba keluar dari bilik yang sejak tadi aku kunci.
Namun, dengan kuasa Allah, aku terserempak dengan mak di muka pintu dapur sewaktu mak baru sahaja ambil wudhu' untuk sembahyang.
"Lia, Lia nak pergi mana ni dengan beg ni, tengah-tengah malam ni, Lia nak tinggalkan mak ayah ke? Lia sedar tak apa yang Lia buat sekarang ni?"
Aku tersentap mendengar bicara emak. Pada waktu itu aku sangat buta dalam menilai kasih sayang mak dan ayah yang telah banyak berkorban buat aku selama ini.
Mak menangis mengenangkan tindakan aku, mak merayu agar aku tidak meninggalkan rumah pada malam tu.
"Lia, tolonglah jangan tinggalkan mak Lia, mak sayang sangat kat Lia, jangan buat mak dengan ayah macam ni nak,"
Mak menangis tersedu sedan. Ayah yang sedang tidur terjaga mendengar tangisan emak, aku lantas bergegas keluar dari rumah agar tidak terserempak dengan ayah.
Cinta yang terlalu agung buat Rizal telah membutakan hatiku dalam menilai kaca dan permata.
Sedang aku berlari keluar dari rumah dengan dikejar oleh mak ayah, tanpa aku sedar, ada kereta yang laju dari arah bertentangan, kereta itu tidak sempat brek lalu mengenai batang tubuhku..
Dumm....!
Aku terdengar dentuman kuat lantas aku tidak dapat ingat apa-apa lagi yang berlaku disekelilingku. Segala-galanya menjadi hitam dan kelam.
..................................................................................................................
Eh, aku kat mana ni, masjid? Ramainya orang dekat masjid ni? Subhanallah, cantiknya masjid ni, diperbuat daripada Kristal dan disadur dengan mutiara.
Sangat indah. Inilah pertama kali dalam hidupku, aku melihat masjid yang sangat indah struktur binaannya.
Semua jemaah memakai telekung putih manakala jemaah lelaki memakai jubah warna hijau. Ramainya orang..
Aku mula masuk ke dalam masjid, tulisan khat yang sangat indah memenuhi ruang dalam masjid.
Ruang yang sangat luas, besar dan maha indah. Aku terpukau dengan keindahan masjid tersebut.
Aku mula ke satu ruang yang dipenuhi orang, tiba-tiba seorang wanita tua yang bersih wajahnya memberikan aku senaskhah Al-Quran serta senaskhah hadis, aku mula mengambilnya.
Subhanallah, Quran itu sangat cantik. Aku tidak pernah melihatnya dijual di mana-mana kedai, betapa aku sangat beruntung pada hari ini kerana melihat peristiwa yang aneh lagi indah.
Aku takkan lupakan saat itu. Aku mengangkat kepala untuk mengucapkan terima kasih kepada wanita tua tersebut, namun dia sudah berlalu meninggalkanku.
Aku cuba mencari kelibatnya namun tidak jumpa.
Lantas aku pergi ke suatu sudut masjid tersebut lalu aku membaca Al-Quran. Tiba-tiba ada seseorang yang mendekatiku lantas mengajarku membaca Al-Quran.
Subhanallah, suaranya sangat merdu, sayu dan dia menangis sambil membaca Al-Quran.
Betapa dia sangat memahami bacaannya. Aku sangat kagum dan berusaha untuk mencontohi sikapnya itu.
Wanita itu sangat aneh kerana selepas sahaja mengajarku tadabbur Al-Quran dia berlalu sebelum sempatku memperkenalkan diri dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
Selepas sahaja selesai membaca Al-Quran, aku ingin pulang. Di tangan kananku ada Al-Quran manakala di tangan kiriku ada hadis.
Aku satukan di tangan kanan lalu aku keluar dari masjid tersebut.
Sepanjang berjalan, tiba-tiba aku melihat ada suatu bangunan yang sangat tinggi dan indah di hadapanku.
Namun semua orang berpakaian hitam. Semua lelaki dan perempuan berpakaian hitam.
Aku cuba masuk bangunan tersebut untuk melihat apa yang ada dalam bangunan tersebut.
Setelah berasak-asak, akhirnya aku dapat masuk ke dalam bangunan tersebut. Bangunan itu sangat gelap dan kelam. Aku bagaikan buta kerana cahaya yang ada sangat sedikit.
Aku cuba pegang kuat-kuat Al-Quran dan hadis di tanganku. Di tepi pintu utama kelihatan pemuda yang wajahnya sangat hodoh lagi menakutkan.
Aku mula takut kenapa aku berada disitu. Aku melihat sekeliling bangunan tersebut dipenuhi tanda salib.
Barulah aku sedar yang aku berada dalam gereja apabila aku lihat seorang paderi muncul di bahagian pintu masuk bangunan tersebut.
Aku mula menangis. Aku sangat takut. Aku mula berasa bahang berada dalam bangunan tersebut.
Aku cuba berjalan perlahan-lahan meninggalkan dewan tersebut. Dalam kesamaran cahaya, aku terlepas Al-Quran dan hadis dari tanganku. Aku cuba bertahan.
Peluh mula menitik dari tubuhku sewaktu aku cuba mengambil Al-Quran dan hadis di belakang pemuda yang hodoh di tepi pintu tersebut.
Aku berjalan terbongkok-bongkok dengan memegang kuat Al-Quran dan hadis tersebut.
Aku sangat bernasib baik kerana wanita tua yang berwajah bersih tadi datang membantuku keluar dari bangunan yang sangat gelap tersebut.
Tanpa kata, dia menarik tanganku keluar. Aku menangis teresak-esak dan badanku sangat menggigil mengenangkan saat cemas di dalam gereja tersebut.
Sekali lagi, wanita itu berlalu tanpa aku sempat mengucapkan terima kasih kepadanya.
Aku mula berjalan meninggalkan gereja tersebut. Aku berjanji takkan menjejakkan kaki lagi ke sana. Aku mula berpatah balik ke masjid yang sangat indah tadi.
Aku mula mengambil wudhu’ dan membaca Al-Quran dan hadis tadi. Aku sangat bersyukur kerana tuhan selamatkan aku sewaktu aku dalam kesulitan tadi.
Betapa aku menangis mengenangkan besarnya kekuasaanNya yang telah menyelamatkan aku dari terpesongnya akidahku dari agama kristian.
Sambil aku membaca Al-Quran, linangan air mataku tak henti-henti mengalir. Terima kasih Ya Allah kerana telah menyelamatkanku.
..................................................................................................................
Sedikit demi sedikit mataku dapat melihat cahaya yang menyilau di sekelilingku, di mana aku berada? Kenapa aku ada kat sini? Kenapa ibuku sedang menangis?
Kenapa adik beradikku semua ada kat sini? Benak kepalaku tidak dapat berfikir dengan baik.. Lantas, aku cuba mengangkat tangan tapi lenganku terasa sangat sakit..
"Emak, Kak Lia dah sedar, dia dah bergerak,"
"Lia, Lia dah bangun nak, mak sangat risaukan Lia,"
Ibuku menangis teresak-esak di bahu ayahku. Semua mata memandangku dengan pandangan yang suram.
Dengan suara yang tersekat-sekat aku cuba bertanya apa yang dah berlaku.
Ibuku menceritakan satu persatu apa yang dah berlaku. Bagaimana aku boleh kemalangan.
Rupanya orang yang melanggarku adalah Rizal, sekarang dia sedang ditahan oleh pihak polis untuk siasatan.
Aku mengucap panjang mendengar berita daripada ibuku.
Rupanya Rizal mendekatiku hanyalah sekadar untuk mempergunakan diriku.
Dia bertaruh dengan rakannya untuk mendapatkan aku. Dia hanyalah ingin mempermainkan diriku sahaja.
Setitik demi setitik, mutiara jernih mula mengalir laju dari pipiku. Aku masih beruntung kerana hanya patah kaki dan tidak mengalami kecederaan yang serius.
Aku memandang sayu ibu dan bapaku mengenangkan dosa-dosa yang telah aku lakukan pada mereka.
Betapa aku terlalu mengagungkan cinta yang tidak halal buatku dan mengenepikan cinta ibu bapa yang kudus lagi suci.
"Sabarlah Lia, jangan menangis lagi,mak dah ampunkan dosa Lia, anggaplah ini sebagai dugaan buat kita Lia,sabarlah nak,"
Ibuku berusaha untuk memujuk, bibirku masih lesu untuk berkata-kata, masih lemah, ibuku faham apa yang ingin aku sampaikan buat dia dan ayahku.
Aku menangis dalam pelukan ibu dan ayahku..
"Maafkan segala kesalahan Lia mak ayah, ampunkan Lia,"
..................................................................................................................
Sebulan selepas kemalangan tersebut, aku sudah mula berjalan dengan perlahan. Aku sudah dapat menunaikan solatku dengan sempurna tanpa perlu duduk lagi.
Aku sangat bersyukur pada Ilahi kerana masih memberi aku kesempatan untuk bertaubat daripada segala dosa dan noda yang pernah aku lakukan.
Tiap tiap malam, jika aku ada kelapangan, aku akan menunaikan solat sunat qiamullail, termasuklah solat sunat tahajud, solat hajat serta solat sunat taubat.
Hatiku tidak dapat menahan sebak di saat mengadu kepada Yang Maha, betapa kerdilnya diri ini di sisi-Nya.
"Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunkanlah segala dosa yang telah aku lakukan, dosa kedua ibu bapaku, dosa guru-guruku, dosa sahabatku, dosa muslimin dan muslimat.
Kau panjangkanlah usia kami, Kau rahmatilah kami Ya Allah, Lindungilah kami daripada gangguan jin dan syaitan Ya Allah, masukkanlah kami dalam syurgamu Ya Allah.
Kau berilah petunjuk dan hidayat kepada kami Ya Allah, serta janganlah kau palingkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami.
Ya Allah, diri ini hanyalah hamba yang lemah lagi hina, Kau suburkan cinta kami buatMu serta rasulMu. Bimbinglah hati kami ke jalanMu Ya Allah.
Berilah kemanisan iman kepada kami Ya Allah. Hanya padaMu kumohon pertolongan Ya Allah. Tingkatkanlah keimanan dan ketakwaan kepada kami Ya Allah.
Lapangkanlah hati kami, sucikanlah hati kami serta bersihkanlah jiwa kami Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Zaljalali wal ‘ikram.
Kau kasihanilah hambaMu ini Ya Allah, Kau kasihanilah hambaMu ini Ya Allah, Kau kasihanilah hambaMu ini Ya Allah.
Sejak kejadian itu, aku sudah banyak berubah dengan bantuan daripada keluargaku, terutamanya kedua ibu bapaku, sahabatku serta guru-guruku.
Aku sudah memaafkan kesalahan Rizal sementelah dia tidak pernah memohon maaf daripadaku. Lebih elok aku berlapang dada berbanding aku menyimpan dendam.
Aku sudah mula merasai kemanisan daripada taubatku.
Betapa jalan hidup yang aku pilih selama ini adalah jalan yang terpesong daripada akidah yang dituntut dalam Islam.
Aku sangat bersyukur kerana Allah masih memberi aku hidayah untuk kembali ke jalanNya.
Terima kasih Ya Allah ke atas keagunagan cinta yang Kau curahkan pada hati ini.
Terima kasih juga kerana telah memberi mimpi yang menginsafkan diriku.
Tidak sesekali aku lupakan mimpi yang memberi peringatan agar aku kembali ke jalanMu. Terima kasih Ya Allah.